Powered By Blogger

Thursday, November 22, 2007

Tanda-tanda anda bayi tahun 70- 80-an


Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu.....
Happy je memanjang....main je ngan kwn2 24hrs...
untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...
sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...
tanda-tanda anda bayi tahun 70-80-an:

*kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and
Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

* berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm,
mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

* ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

* cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang
warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?

* semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat
kantin.

* Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

* time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah
Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang
buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

* internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu?
kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

*kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak
dilupakan, 'Ti Kam'.

* bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.


* tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak
pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

* lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bolalaa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu
seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three',
'Police & Sentry', kejar2 duduk...

* kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

* lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

*hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.


* bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je
Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

* AIDS wujud sejak diorg lahir.

* CD pun wujud time diorg lahir.

* Michael Jackson dah putih dah time tu.

* Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

*Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

*Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

*Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

* dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive
dkt universiti tanpa handphone...

*hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan
korg
sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,
seronok bile bersembang

7. pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

HeheheYaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu-dulu .....

Perempuan dan Anda - tips kajian‏





Fikirkan keadaan ini ....






FINE
ni la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.


TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.


OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.


BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.


TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Tips menghadapi MLM


Sekadar ingin berkongsi 6 ciri-ciri perniagaan di bawah ini yang merupakan kriteria utama untuk memastikan kehebatan dan kesahihan sesuatu perniagaan (terutamanya MLM/Network Marketing).

Maklumat ini saya dapati hasil daripada nukilan seorang sahabat. Semoga dapat dijadikan panduan dalam memilih syarikat atau mengenalpasti perniagaan yang hebat di luar sana.

1) Syarikat yang kukuh (e.g. Berapa lama sudah berkecimpung dalam bisnes? Kalau setakat baru 2 ~ 3 bulan tu, anda kena fikirkan dalam². Adakah Disenaraikan di BSKL, memiliki lesen yang sah seperti daripada :
KPDN HEP, SSM , JAKIM, SIRIM.
Kerjasama ataupun usahasama ataupun MOU dgn agensi2 kerajaan, badan berkanun serta Anugerah2 yg pernah diterima dan diiktiraf )

2) Mesti ada produk yang diniagakan (produk mestilah berkualiti - Mestilah ada kelulusan SIRIM, Superbrand ke , praktikal dan boleh dijadikan aset untuk dijual semula kepada pengguna atau pelanggan - produk perlu dipastikan wujud secara fizikal)

3) Mesti ada modal perniagaan (Tiada perniagaan boleh berjalan tanpa modal, cuma cara mendapatkan modal berbeza-beza dan jumlah yang juga berbeza. Kalau ada yang kata mari ikut join bisnes saya tanpa modal.. anda harus berhati-hati)

4) Mesti ada pelanggan atau rakan kongsi untuk memajukan perniagaan (Setiap perniagaan memerlukan pelanggan dan interaksi antara manusia. Sama ada banyak atau sedikit yang membezakan. Kalau ada yang datang kata , " u just sit there, and we will care for u " .. berhati-hati *bukan duduk goyang kaki duit masuk juta-juta)

5) Sokongan daripada Kumpulan Perniagaan / Pemimpin-pemimpin yang ikhlas (dalam bentuk latihan, bengkel2 keusahawanan, bimbingan nasihat dsbgnya). Tiada istilah siapa join dulu dia untung. Sepatutnya siapa rajin , dia untung. Biar adil kata orang. Bukan orang atas je boleh kaya, tapi kalau kita rajin kita boleh duduk atas . Bergantung pada usaha invidu.

6) Pelan Perniagaan yang mantap menghasilkan pendapatan besar/lumayan yang berterusan setiap tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan usaha masing-masing (syarikat tidak pernah gagal membayar cek bonus).

Jadi, bertanyalah kepada mereka yang mengajak anda untuk menjalankan perniagaan kesemua ciri-ciri di atas nescaya anda akan selamat daripada ditipu / diperdayakan (e.g. pelaburan internet, piramid bertopengkan MLM, dsbgnya).

"Keusahawanan Bermula Daripada Diri Anda!"

Sekadar Maklumat

Friday, November 16, 2007

Masa



Masa amat pantas berlalu. Semakin kita tidak berbuat apa apa bermakna kita telah mengabaikan masa. Semua orang mempunyai masa 24 jam sehari. Ada tak sesiapa mempunyai masa melebihi 24 jam ?. Cuba kita pecahkan kepada 3 bahagian. 1/3 untuk tidur, 1/3 untuk keluarga dan 1/3 untuk bekerja. Ini bermakna 8 jam untuk kita mencari sumber kewangan. Tetapi ada masanya 8 jam untuk berkerja tidak menjurus kepada kebaikan malahan menjadi lebih teruk. Hujung bulan semakin berkurangan pulus. Jangan sesekali anda berputus asa. Masih ada jalan. Kata orang berjaya
“Orang Malas sentiasa mencari alasan manakala usahawan yang ingin kejayaan sentiasa mencari jalan“
Selagi kita masih bernyawa, masa ini lah yang paling sesuai untuk kita bertindak mencari jalan ke arah yang lebih baik….Berusahalah!!