Powered By Blogger

Thursday, November 22, 2007

Tanda-tanda anda bayi tahun 70- 80-an


Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu.....
Happy je memanjang....main je ngan kwn2 24hrs...
untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...
sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...
tanda-tanda anda bayi tahun 70-80-an:

*kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and
Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

* berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm,
mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

* ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

* cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang
warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?

* semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat
kantin.

* Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

* time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah
Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang
buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

* internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu?
kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

*kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak
dilupakan, 'Ti Kam'.

* bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.


* tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak
pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

* lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bolalaa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu
seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three',
'Police & Sentry', kejar2 duduk...

* kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

* lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

*hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.


* bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je
Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

* AIDS wujud sejak diorg lahir.

* CD pun wujud time diorg lahir.

* Michael Jackson dah putih dah time tu.

* Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

*Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

*Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

*Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

* dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive
dkt universiti tanpa handphone...

*hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan
korg
sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,
seronok bile bersembang

7. pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

HeheheYaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu-dulu .....

Perempuan dan Anda - tips kajian‏





Fikirkan keadaan ini ....






FINE
ni la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.


TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.


OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.


BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.


TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Tips menghadapi MLM


Sekadar ingin berkongsi 6 ciri-ciri perniagaan di bawah ini yang merupakan kriteria utama untuk memastikan kehebatan dan kesahihan sesuatu perniagaan (terutamanya MLM/Network Marketing).

Maklumat ini saya dapati hasil daripada nukilan seorang sahabat. Semoga dapat dijadikan panduan dalam memilih syarikat atau mengenalpasti perniagaan yang hebat di luar sana.

1) Syarikat yang kukuh (e.g. Berapa lama sudah berkecimpung dalam bisnes? Kalau setakat baru 2 ~ 3 bulan tu, anda kena fikirkan dalam². Adakah Disenaraikan di BSKL, memiliki lesen yang sah seperti daripada :
KPDN HEP, SSM , JAKIM, SIRIM.
Kerjasama ataupun usahasama ataupun MOU dgn agensi2 kerajaan, badan berkanun serta Anugerah2 yg pernah diterima dan diiktiraf )

2) Mesti ada produk yang diniagakan (produk mestilah berkualiti - Mestilah ada kelulusan SIRIM, Superbrand ke , praktikal dan boleh dijadikan aset untuk dijual semula kepada pengguna atau pelanggan - produk perlu dipastikan wujud secara fizikal)

3) Mesti ada modal perniagaan (Tiada perniagaan boleh berjalan tanpa modal, cuma cara mendapatkan modal berbeza-beza dan jumlah yang juga berbeza. Kalau ada yang kata mari ikut join bisnes saya tanpa modal.. anda harus berhati-hati)

4) Mesti ada pelanggan atau rakan kongsi untuk memajukan perniagaan (Setiap perniagaan memerlukan pelanggan dan interaksi antara manusia. Sama ada banyak atau sedikit yang membezakan. Kalau ada yang datang kata , " u just sit there, and we will care for u " .. berhati-hati *bukan duduk goyang kaki duit masuk juta-juta)

5) Sokongan daripada Kumpulan Perniagaan / Pemimpin-pemimpin yang ikhlas (dalam bentuk latihan, bengkel2 keusahawanan, bimbingan nasihat dsbgnya). Tiada istilah siapa join dulu dia untung. Sepatutnya siapa rajin , dia untung. Biar adil kata orang. Bukan orang atas je boleh kaya, tapi kalau kita rajin kita boleh duduk atas . Bergantung pada usaha invidu.

6) Pelan Perniagaan yang mantap menghasilkan pendapatan besar/lumayan yang berterusan setiap tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan usaha masing-masing (syarikat tidak pernah gagal membayar cek bonus).

Jadi, bertanyalah kepada mereka yang mengajak anda untuk menjalankan perniagaan kesemua ciri-ciri di atas nescaya anda akan selamat daripada ditipu / diperdayakan (e.g. pelaburan internet, piramid bertopengkan MLM, dsbgnya).

"Keusahawanan Bermula Daripada Diri Anda!"

Sekadar Maklumat

Friday, November 16, 2007

Masa



Masa amat pantas berlalu. Semakin kita tidak berbuat apa apa bermakna kita telah mengabaikan masa. Semua orang mempunyai masa 24 jam sehari. Ada tak sesiapa mempunyai masa melebihi 24 jam ?. Cuba kita pecahkan kepada 3 bahagian. 1/3 untuk tidur, 1/3 untuk keluarga dan 1/3 untuk bekerja. Ini bermakna 8 jam untuk kita mencari sumber kewangan. Tetapi ada masanya 8 jam untuk berkerja tidak menjurus kepada kebaikan malahan menjadi lebih teruk. Hujung bulan semakin berkurangan pulus. Jangan sesekali anda berputus asa. Masih ada jalan. Kata orang berjaya
“Orang Malas sentiasa mencari alasan manakala usahawan yang ingin kejayaan sentiasa mencari jalan“
Selagi kita masih bernyawa, masa ini lah yang paling sesuai untuk kita bertindak mencari jalan ke arah yang lebih baik….Berusahalah!!

Friday, October 5, 2007

Melayu Baru Melayu Lama



    Melayu Lama Melayu Baru. Buat Renungan Aku dan Kamu

Melayu itu bangsa besar ,darahnya merah darah perwira , setianya tinggi menjulang awan. Jiwanya mulia menjunjung damai, beraninya tegas pantang berundur, azamnya dayus berputih mata.

Ah! siapa berani berkataMelayu akan hilang di dunia ? Melayu itu bangsa hebat, bangsa besar di bawah angin. Kaya sungguh budi bahasanya, amat sopan tutur kromonya,paling lembut pencak silatnya. Aduhai... kaulah perfect gentlemen ekekekee,

Pernah binasa kerana kata, pernah musnah akibat fitnah.

Melayu itu bangsa perwira, punya Hang Tuah dan juga Hang Jebat,punya Tun Teja dan Tun Fatimah. Punya Pak Kadok juga Pak Pandir, bingungnya kalah si Lebai Malang, mimpinya meredas hayalan Mat Jenin, pentas hidupnya secawan kopingomong-ngomong. Sembang-sembang dari pagi hingga ke petang.

Melayu itu bangsa perkasa, ada Mat Kilau dan Datuk Bahaman, ada Dol said dan Panglima Naning. Laksamana Bentan juga Hang Nadim. Si Tenggang dan Panglima Awang.Rashid Maidin dan Sarjan Hassan . Mat Indera dan Maharajalela

Aduh... kenapakah akhirnya Melayu hina Melayu?Melayu tentang Melayu? Melayu lawan Melayu? Melayu bunuh Melayu??!!

Melayu itu bangsa pintar, ada Raja Ali Haji dan Aminuddin Baki. Pendita Zaaba dan Tun Seri Lanang. Ungku Omar dan Ungku Aziz. Tongkat Waran dan Keris Mas. A. Samad Ismail juga Pak Sako. Latiff Mohidin serta P. Ramlee. Tapi malang seribu kali malang......ada Melayu lupa susila, ada Melayu lupa budaya, ada Melayu lupa salasilah, ada Melayu telah lupa sejarah... Mungkinkah Melayu mudah lupa?

Melayu itu bangsa pejuang. Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Burhanuddin Helmi dan Asri Muda. Mahathir Mohamad dan Musa Hitam. Ghaffar Baba dan Jaafar Albarada , Ku Li dan juga Ku Din, Tun Ismail dan Sardon Jubir Anwar Ibrahim dan Hadi Awang, Nik Aziz dan Aziz Ishak, Fatimah Hashim dan Aishah Ghaniada Marina , ada Rafidah, ada tabliq ada arqam, ada UMNO ada PAS. ada Barisan ada Gagasan ada Roket . Ada Bulan, ada siasah ikhlas, ada siasah peras, ada siasah kipas, simpang-siur kibaran bendera, balah sengketa setiap masa.

Melayu itu bangsa anggun, remajanya gila hidup glamour, gian jadi artis, gian jadi model,taksub pada mama rockers, gila pada papa rockers. Kebahagiaan adalah lepak-lepak di shopping complex, rayau-rayau di taman tasik, longgok-longgok di atas tembok , cerita pasal Paula Abdul dan Usher. Gossipnya pasal Mawi dan Awi , Amy dan Mimi , tentang Ogy dan Juwie tentang Emma dan Erma.

Jantan cun macam betina, mekap melepak gincu merah padam, simpan rambut panjang-panjang, pakai seluar sendat-sendat, pakai rantai pakai gelang dan pakai subang

Ada betina serupa jantan,rambut ditebas pendek-pendek,pakai skirt singkat-singkat, pakai baju terlondeh-londeh, hisap rokok bersambung puntung, teguk stout macam syaitan, telan pil geleng kepala, duduknya terkangkang-kangkang, jalannya terkengkang-kengkang.

Canggih sungguh Melayu baru, ada penghisap dadah,ada pengedar dadah,ada homoseks dan ada lesbian, ada bapak ayam dan ibu ayam, ada sundal dan ada baruah, ada penipu dan putar alam.

Melayu itu bangsaku.. Melayu itu bangsamu. Bangsa besar bangsa perwira, bangsa pejuang bangsa perkasa. Bangsa pintar bangsa nan anggun unggulnya tiada galang gantinya.

Melayu lama ..Melayu baru

Melayu itulah bangsamu.. Melayu itulah bangsamu Melayu itulah bangsamu, mungkinkah duniakan kehilangan Melayu?

Friday, August 3, 2007

Untuk Pemimpin

Kata bidalan:
"Kalau kami tedung, TUANLAH BISANYA;
kalau kami harimau, TUANLAH TARINGNYA!
kalau kami berlian, TUANLAH SILAUNYA,
kalau kami guruh, TUANLAH KILATNYA".

Kepada para pemimpin pelbagai lapisan masyarakat, fikir-fikirkan bidalan ini:
Pemimpin umpama pohon yang rendang Tempat rakyat tumpang berteduh! Harta pemimpin banyak tidak terkira Makin pemimpin beri, makin bertambah Makin pemimpin agihkan, makin bertimbun, Makin pemimpin tarah, makin menggunung, Makin pemimpin cangkul makin tinggi . Manakan pemimpin tidak pemurah, Belum diminta, pemimpin sudah beri ,Belum ditadah, pemimpin sudah isi, Belum disebut, pemimpin sudah faham isi hati .

Adakalanya:Orang datang selangkah, pemimpin undur dua langkah. Apabila diminta satu, pemimpin beri dua . Kalau ada yang minta tiga, pemimpin terus hidup injin kereta! Hehehehe... Kalau pemimmpin turun ke laut, ikan-ikan kenyang.Kalau pemimpin turun ke padang, belalang-belalang kenyang. Kalau pemimpin ke udara, burung-burung kenyang. Kalau pemimpin turun ke tanah, cacing-cacing kenyang. Kalau pemimpin memanjat pokok , monyet-monyet kenyang ( Bukan monyet yang tut .. hehehe ).
Tapi, jangan lekas lupa, kalau pemimpin masuk ke hutan, silap-silap harimau yang kenyang!. Sebab ada yang MUDAH LUPA.

Wednesday, August 1, 2007

Pesanan Dari Orang Tua

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu . Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ..either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah
Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ... Jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..

Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ..tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .. dapat semua waktu lagi baik ...

Sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar k! ita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam...

Kisah Guru dan Murid

Jika zaman kawan dulu penampar guru dah menjadi kebiasaan bila ada kesalahan. Rotan usah dikata lagi. Kena denda , ibubapa akan dipanggil. Kata Abah "Sebat je, nanti balik saya tambah".
Masa pendidikan jasamani (PJ) tak bawa baju, berdiri , cikgu sebat bontot. Pergi tandas tengok ada 'line' melintang.. Sampai sekarang masih ingat siapa nama cikgu.

Jika sekarang, kena cubit sikit , ibu bapa failkan dimahkamah. Guru takut dan seterusnya mengajar sikit lebih kurang. Nak pandai belajar tak nak belajar .. suka hati awak lah.

:. Di mana silapnya? Kawan juga punya anak, mungkinkah kawan juga akan begitu nanti ...

Pedasnya Realiti


Semalam kawan pulang awal dan sempat menonton sebuah rancangan di Astro Ria - MRI (Manifestasi Resolusi Isu). Pelik betul bila fikirkan objektif isu malam itu. Isu yang menonjolkan 3 pelajar lepasan diploma (sangat cemerlang) yang permohonan bagi mengikuti program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) ke luar negara MARA telah ditolak.

Antara alasan yang diberikan adalah mereka melepasi CGPA 3.5 semasa diploma dan pernah dianugerahkan Pelajar Cemerlang MARA. Tambah lagi katanya permohonan ke IPT tempatan telah ditolak!!! So mereka memohon bagi program luar negara ... Bijak benar MRI memainkan sentimen 'simpati penonton'

Persoalannya :

Benarkah permohonan mereka sudah kesemua 20 IPTA dan 538 IPTS !!? Tanpa satupun tawaran diterima?? Kalau nak diikutkan SPM cukup makan pun sudah layak ke IPTS , janji ada ongkosnya.. atau Luar negara adalah target mereka kerana dalam kebanyakkan kenyataan MRI istilah 'luar negara' ditekankan... Hebat sangat ke U di sana??

Ikhlas sebenarnya pada kawan memang kawan teringin nak ke luar negara untuk belajar namun jika tidak , IPT tempatan pun tak kurang hebatnya. Tak perlu kawan membazirkan airmata untuk itu. Janji usaha.

:. Di mana realiti? MRI gunakan pelajar atau pelajar gunakan MRI atau sama-sama guna-mengguna ( Mungkin Ada Isu yang lebih Penting lepas ini?)

Saturday, July 28, 2007

Permulaan

Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah, Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut, Selalu pecah di mulut

Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu ,Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu hehehehe)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan , Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka , Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara , Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya , Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal ,Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba, Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi ,Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu, Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum, Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali , Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut ,Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan ,Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad 21 , Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang ,Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan , Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan , Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana , Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka