
Melayu Lama Melayu Baru. Buat Renungan Aku dan Kamu
Melayu itu bangsa besar ,darahnya merah darah perwira , setianya tinggi menjulang awan. Jiwanya mulia menjunjung damai, beraninya tegas pantang berundur, azamnya dayus berputih mata.
Ah! siapa berani berkataMelayu akan hilang di dunia ? Melayu itu bangsa hebat, bangsa besar di bawah angin. Kaya sungguh budi bahasanya, amat sopan tutur kromonya,paling lembut pencak silatnya. Aduhai... kaulah perfect gentlemen ekekekee,
Pernah binasa kerana kata, pernah musnah akibat fitnah.
Melayu itu bangsa perwira, punya Hang Tuah dan juga Hang Jebat,punya Tun Teja dan Tun Fatimah. Punya Pak Kadok juga Pak Pandir, bingungnya kalah si Lebai Malang, mimpinya meredas hayalan Mat Jenin, pentas hidupnya secawan kopingomong-ngomong. Sembang-sembang dari pagi hingga ke petang.
Melayu itu bangsa perkasa, ada Mat Kilau dan Datuk Bahaman, ada Dol said dan Panglima Naning. Laksamana Bentan juga Hang Nadim. Si Tenggang dan Panglima Awang.Rashid Maidin dan Sarjan Hassan . Mat Indera dan Maharajalela
Aduh... kenapakah akhirnya Melayu hina Melayu?Melayu tentang Melayu? Melayu lawan Melayu? Melayu bunuh Melayu??!!
Melayu itu bangsa pintar, ada Raja Ali Haji dan Aminuddin Baki. Pendita Zaaba dan Tun Seri Lanang. Ungku Omar dan Ungku Aziz. Tongkat Waran dan Keris Mas. A. Samad Ismail juga Pak Sako. Latiff Mohidin serta P. Ramlee. Tapi malang seribu kali malang......ada Melayu lupa susila, ada Melayu lupa budaya, ada Melayu lupa salasilah, ada Melayu telah lupa sejarah... Mungkinkah Melayu mudah lupa?
Melayu itu bangsa pejuang. Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Burhanuddin Helmi dan Asri Muda. Mahathir Mohamad dan Musa Hitam. Ghaffar Baba dan Jaafar Albarada , Ku Li dan juga Ku Din, Tun Ismail dan Sardon Jubir Anwar Ibrahim dan Hadi Awang, Nik Aziz dan Aziz Ishak, Fatimah Hashim dan Aishah Ghaniada Marina , ada Rafidah, ada tabliq ada arqam, ada UMNO ada PAS. ada Barisan ada Gagasan ada Roket . Ada Bulan, ada siasah ikhlas, ada siasah peras, ada siasah kipas, simpang-siur kibaran bendera, balah sengketa setiap masa.
Melayu itu bangsa anggun, remajanya gila hidup glamour, gian jadi artis, gian jadi model,taksub pada mama rockers, gila pada papa rockers. Kebahagiaan adalah lepak-lepak di shopping complex, rayau-rayau di taman tasik, longgok-longgok di atas tembok , cerita pasal Paula Abdul dan Usher. Gossipnya pasal Mawi dan Awi , Amy dan Mimi , tentang Ogy dan Juwie tentang Emma dan Erma.
Jantan cun macam betina, mekap melepak gincu merah padam, simpan rambut panjang-panjang, pakai seluar sendat-sendat, pakai rantai pakai gelang dan pakai subang
Ada betina serupa jantan,rambut ditebas pendek-pendek,pakai skirt singkat-singkat, pakai baju terlondeh-londeh, hisap rokok bersambung puntung, teguk stout macam syaitan, telan pil geleng kepala, duduknya terkangkang-kangkang, jalannya terkengkang-kengkang.
Canggih sungguh Melayu baru, ada penghisap dadah,ada pengedar dadah,ada homoseks dan ada lesbian, ada bapak ayam dan ibu ayam, ada sundal dan ada baruah, ada penipu dan putar alam.
Melayu itu bangsaku.. Melayu itu bangsamu. Bangsa besar bangsa perwira, bangsa pejuang bangsa perkasa. Bangsa pintar bangsa nan anggun unggulnya tiada galang gantinya.
Melayu lama ..Melayu baru
Melayu itulah bangsamu.. Melayu itulah bangsamu Melayu itulah bangsamu, mungkinkah duniakan kehilangan Melayu?


No comments:
Post a Comment